Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah "memburukkan" rakan komponen Pakatan Rakyat - DAP dan PAS - di belakang mereka, dakwa bekas pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim, sambil mencabar Anwar supaya menafikannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Zamil menunjukkan CD yang didakwanya mengandungi klip video lima minit di mana Anwar menuntut pemimpin akar umbi PKR Kedah "merundingkan semula" agihan kerusi dengan PAS sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, kerana tidak puas hati dengan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada PKR.

NONE Zamil berkata, beliau mendedahkan perkara itu untuk menunjukkan kepada rakyat warna sebenar Anwar dan wayang yang dimainkannya di hadapan rakan gabungan tersebut.

Bercakap kepada pemberita di pejabat Rangkaian Melayu Malaysia (JMM) di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, ia menunjukkan watak sebenar ketua pembangkang "yang DAP mahu jadikan perdana menteri".

Menurut Zamil ( kanan ), klip video itu dirakamkan oleh seorang ketua cabang PKR semasa mesyuarat tertutup parti yang diadakan untuk cabang di wilayah utara Kedah pada 9 Januari 2008 bertempat di Yayasan Aman di Penanti, Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, mesyuarat itu hanya dihadiri oleh Anwar, bekas senator PKR, Zamri Yusof dan bekas ketua cabang Gurun, B Kalaivanan.

Zamil enggan memberikan bukti video itu kepada media, tetapi membaca transkrip yang dikatakan perbualan antara tiga individu.

[Baca berita penuh]

ADS