Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak berbincang berhubung jumlah penuh transaksi cabang pelaburan negeri Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

NONE Khalid memberitahu DUN, perkara itu lebih baik dibincangkan oleh pakar supaya semua perkara terperinci boleh diteliti dengan baik.

Katanya, beliau tidak akan menjelaskan di situ kerana ia bukan tempatnya.

Berucap dalam sesi penggulungan belanjawan tambahan negeri, Khalid berkata, kerajaan negeri akan melantik lima firma perakaunan untuk meneliti dan mengeluarkan laporan berhubung transaksi MBI untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khalid berkata usaha itu akan dikelola bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd Salleh Mahmud.

Lima firma berkenaan akan mengeluarkan satu Kertas Putih berhubung proses dan transaksi kutipan hutang tersebut, katanya lagi.

[Baca berita penuh]