Cabang PKR tawar kerusi DUN kepada Wan Azizah
Cabang PKR Kapar menawarkan kerusi DUN Sementa untuk ditandingi presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua cabang itu, Aziz Ayob dilaporkan sebagai berkata, langkah itu akan memperkukuhkan PKR Kapar dengan kewibawaan Wan Azizah sebagai presiden dan bekas MP.
"Kerusi DUN Sementa dianggap panas eoran calon PKR yang lalu melarikan diri pada hari penamaan calon pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Tindakan calon berkenaan menimbulka gambaran buruk kepada parti hingga ramai di sini holang keyakinan kepda PKR dan kami percaya jika (Wan Azizah) dicalonkan untuk kerusi terseut akan memberi keyakinan pada rakyat dan mendapat undi berganda di Sementa," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Tawaran itu timbul selepas Wan Azizah mengumumkan bahawa beliau akan betanding di kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.
Beliau meletak jawatan pada Julai 2008 untuk membolehkan kerusi itu ditandingi suaminya yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pilihan raya kecil.
Kerusi berkenaan diwakili Anwar sebelum beliau dipenjarakan pada 1999 dan kerusi itu kemudiannya dimenangi Wan Azizah.
Tindakan Wan Azizah meletak jawatan itu menyebabkan beliau dihalang daripada bertanding di kerusi parlimen sehingga 2012.

