'Tragedi Seorang Pejuang'
Semalam, dua tahun lalu, kita berdemo lagi. Hari itu Sabtu petang, selama tiga jam, kira-kira 5,000 orang merayakan 'pesta jalanan' yang pertama dalam sejarah politik selepas 25 tahun.
Penyokong reformasi berdiri di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman dari pawagam Coliseum ke Sogo di sebelah kanan jalan, sementara di sebelah kiri mereka berkumpul dari pusat membeli belah Kamdar ke Globe Silk Store.
Mereka yang berkereta, di dalam bas dan lori melambai-lambaikan tangan, membawa poster Anwar dan membunyikan hon. Aksi-aksi anak muda bermotosikal dan di dalam Kancil penuh ceria memprotes, berulang-ulang kali melalui jalan yang sama seumpama perbarisan hormat.
Semalam, dua tahun lalu, kita berdemo lagi. Hari itu Sabtu petang, selama tiga jam, kira-kira 5,000 orang merayakan 'pesta jalanan' yang pertama dalam sejarah politik selepas 25 tahun.
Penyokong reformasi berdiri di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman dari pawagam Coliseum ke Sogo di sebelah kanan jalan, sementara di sebelah kiri mereka berkumpul dari pusat membeli belah Kamdar ke Globe Silk Store.
Mereka yang berkereta, di dalam bas dan lori melambai-lambaikan tangan, membawa poster Anwar dan membunyikan hon. Aksi-aksi anak muda bermotosikal dan di dalam Kancil penuh ceria memprotes, berulang-ulang kali melalui jalan yang sama seumpama perbarisan hormat.
Pada hari ini, mereka tidak mempunyai kain rentang, atau poster atau bendera Malaysia - jika ada beberapa keping sahaja. Sebaliknya, mereka mengangkat sebuah majalah yang menunjukkan foto bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kulitnya dengan tulisan "Tragedi Seorang Pejuang."
Tetapi ramai pembaca dan demonstran yang menjulang majalah itu (kulit, foto atas) tidak sedar bahawa mereka sedang menatap rekod sejarah Malaysia, sambil menulis sejarah dengan aksi massa itu.
[#1]Tamadun[/#], sebuah majalah Melayu yang berjaya dicetak sehingga 100,000 naskhah mulai diedarkan pada hari itu, 10 Oktober 1998. Ia terlambat akibat tertunggu-tunggu perkembangan politik yang tidak menentu.
Zaman keresahan
Dua hari selepas itu, satu wawancara saya dengan Presiden JIM Saari Sungib yang diterbitkan di dalamnya, menjadi bahan soal siasat polis Cawangan Khas (SB) ketika aktivis reformasi itu ditahan akta zalim ISA.
Majalah yang pada asalnya tidak berjaya menarik pembaca dan merugikan tiba-tiba meningkat perlahan-lahan selepas krisis ekonomi Asia yang turut menyerang negara pada Julai, 1997.
Kemudian, sikap kerajaan dan Umno dalam isu-isu politik berjaya membawa majalah itu daripada 10,000 kepada 40,000 naskhah.
"Zaman orang resah, majalah propembangkang mudah laris," ulas seorang wartawan kanan Utusan Malaysia , mengingatkan pengalamannya mengendalikan sebuah majalah pada awal dekad lalu.
Majalah politik dan serius seperti Dunia Islam dan Perspektif (yang dikendalikan saya) memang sukar menembusi 5,000 hingga 10,000 naskhah.
Oleh itu, cetakan
Tamadun
berulang-ulang kali atas permintaan ramai sehingga 140,000 untuk naskhah bulan Oktober membawa makna yang cukup mendalam. Sehingga kini, itulah rekod pertama yang tercipta dalam kategori majalah bulanan politik berbahasa Melayu.
Dalam tempoh yang sama, pembaca Harakah juga menunjukkan kelainan. Gadis Cina berkain skirt singkat dan ketat dan kaum India tiba-tiba membeli beberapa naskhah tabloid politik pembangkang itu.
Jika tiada di kedai, mereka sanggup ke pejabat PAS yang Islamik itu di Jalan Pahang Barat menimbulkan dua imej yang cukup mengelirukan.
Rakyat diamuk sasau
Sementara orang Melayu pula dilihat membeli, membelek-belek dan berkongsi akhbar berbahasa Cina. Dekat pintu pagar rumah Anwar di Bukit Damansara, tertampal foto-foto warna-warni dari akhbar Cina tentang peristiwa politik yang sedang membuak-buak itu.
Buku-buku politik Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa karangan Mohd Sayuti Omar dan Anwar Skandal Seks atau Konspirasi Politik (Ahmad Lutfi Othman) berjaya dijual sehingga 50,000 naskhah, malah dicetak rompak!
Selalunya Awie, Amy Search atau M Nasir yang merungut soal cetak rompak.
Buku Anwar sendiri,
Gelombang Kebangkitan Asia
(berkulit tebal, berharga RM50) dan
Mahathir Konspirasi
,
Anwar Reformasi
(S. H. Alattas) turut mendapat sambutan.
Buku-buku politik dan serius ini selalunya menerima ragam sambutanyang sama dengan majalah, antara 5,000 hingga 10,000 naskhah sahaja - kecuali beberapa penulis upahan yang dibayar tokoh politik tertentu Umno.
Petunjuk apakah ini semua?
Pastilah rakyat Malaysia sedang diamuk sasau yang luar biasa dan kehidupan mereka mulai lintang-pukang dipukul badai politik, ibarat seekor kancil tersepit angkara pertarungan dua ekor gajah.
Nota editor : Sesiapa yang berpengalaman menyusun gerakan demonstrasi, terlibat dalam reformasi dan mengalami suka-duka perjuangan dua tahun lalu, silalah kemukakan cerita kepada [#2]fathi@malaysiakini.com [/#]untuk dikongsikan bersama pembaca.
Rencana lain dalam siri ini
[#3]Istana Negara, wanita dan ... [/#](4 Okt)
[#4]Hari ini Anwar gemparkan dunia[/#](29 Sept)
[#5]Hari ini, dua tahun lalu [/#](20 Sept)


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.