SPR: Kesalahan p'raya sebab calon 'tak ambil peduli'
Hazlan ZakariaDiterbitkan: Jul 19, 2012 2:29 PM | Dikemas kini: Jul 19, 2012 6:08 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sikap calon dan ejen mereka yang tidak mengambil peduli sebagai faktor utama dalam kebanyakan kesalahan pilihan raya yang berlaku.
Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dalam kes berkenaan maklumat tidak sampai kepada pekerja parti bawahan.
Selepas didapati melakukan kesalahan, pekerja parti berkenaan akan mengatakan bahawa mereka tidak diberi taklimat, katanya.
Katanya lagi, ramai di kalangan calon dan ejen tersebut tidak menghadiri mesyuarat pilihan raya dan gagal menyalurkan maklumat itu kepada pekerja parti masing-masing.
Wan Ahmad berkata demikian hari ini di Putrajaya dalam satu taklimat kepada petugas media dan parti politik dari semenanjung.

