Hisham nafi pemansuhan EO punca jenayah meningkat
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan bahawa kejadian jenayah kebelakangan ini dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO), dengan berkata hanya 0.27 peratus daripada mereka yang dibebaskan itu, terlibat dalam jenayah.
Beliau mengulas spekulasi baru-baru ini, termasuk dari PEMANDU dan
Timbalan Ketua Polis Selangor A Thaiveegan bahawa pemansuhan EO telah menyebabkan lonjakan kes jenayah baru-baru ini.
Ditanya apakah beliau bermaksud bekas tahanan EO bekas yang terlibat adalah terlalu beberapa kecil untuk menjadi punca peningkata, kes jenyah baru-baru ini, Hishammuddin menjawab:
"Jika kita bercakap mengenai insiden baru-baru ini, ia adalah 0.27 peratus daripada 1.476 bekas tahanan, jadi anda buatlah matematik."
Terdahulu, Hishammuddin diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Timbalan Polis Kuala Lumpur, Amar Singh, turun padang meninjau pusat membeli-belah di Pavilion dan butang kecemasan baru yang dipasang di tempat letak kereta.
[Baca berita penuh]

