Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ketuanan Melayu dipolitik untuk hapuskan hak Melayu'

Isu ketuanan Melayu "sengaja diperbesar-besarkan" oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan politik, tegas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," tambahnya.

NONE "Apa yang mereka mahukan selepas ini ialah sama rata dan

sama rasa atau 'fair and square.

"Apabila telah wujud keadaan ini, seperti yang semua sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan.

"Akhirnya, siapakah yang akan mendapat keuntungan sebenar," soalnya dalam ucapannya di majlis pelancaran buku terbaru kolumnis Utusan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah, Masih Adakah Ketuanan Melayu? dan Cabaran Saudara Baharu di Malaysia di Kementerian Pertahanan.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan memetik bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bahawa "negara ini telah diakui oleh semua kaum lain yang tinggal di sini sebagai negara yang asalnya negara Melayu".

Menurutnya, ketuanan Melayu "masih lagi relevan" jika ia bermatlamatkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu secara keseluruhannya dan bukannya menguntung segelintir sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

"Jika tidak, ketuanan Melayu tidak hanya ditolak oleh orang bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri," tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS