Semua petisyen pilihanraya diselesai dalam mahkamah, kata Nik Aziz
Keputusan kes petisyen pilihanraya yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihanraya di Kota Baru Rabu lalu bagi tiga kerusi Parlimen serta tujuh kerusi negeri adalah hasil penyelesaian kedua-dua pihak di dalam mahkamah, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini.
Keputusan kes petisyen pilihanraya yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihanraya di Kota Baru Rabu lalu bagi tiga kerusi Parlimen serta tujuh kerusi negeri adalah hasil penyelesaian kedua-dua pihak di dalam mahkamah, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini.
Kerusi Parlimen terbabit ialah Pasir Puteh, Bachok dan Jeli. Manakala kerusi negeri ialah Chempaka, Kota Lama, Kadok, Kemuning, Air Lanas, Jelawat dan Mengkebang.
Mengulas kenyataan pengerusi DAP, Lim Kit Siang mengenai isu tersebut, beliau yang juga Mursyidur Am PAS, menjelaskan bahawa langkah PAS tidak membantah petisyen Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh adalah berdasarkan persoalan fakta dan undang-undang.
Katanya, beliau diberi faham dan beliau sendiri faham bahawa keputusan pilihanraya Parlimen Pasir Puteh yang memberi kemenangan kepada PAS adalah dibuat atas kesilapan teknikal pihak SPR sehingga pegawai pengurus pilihanraya mengisytiharkan kemenangan calon PAS dengan majoriti 3,810 undi.
Pada pilihanraya umum yang baru lalu, calon PAS, Kalthom Othman telah diisytiharkan memperolehi 27,018 undi manakala calon BN, Che Min Che Ahmad mendapat 23,208 undi.
Menurut Nik Aziz, kedua-dua pihak tidak menyedari perkara ini sehinggalah selepas pengisytiharan dibuat. Setelah menyedari perkara itu, pihak SPR tidak boleh mengubah keputusannya yang telah diisytiharkan itu.
Permuafakatan
"Manakala calon BN tidak boleh memohon untuk dikira semula kerana majoriti melebihi dua peratus. Oleh itu, semua pihak terpaksa melalui proses petisyen pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menjelaska demikian berhubung kenyataan Lim yang menuntut penjelasan yang boleh diterima daripada SPR, Umno dan PAS mengenai keputusan petisyen bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh.
Lim yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, mengkritik perkara itu sambil
mendakwa
mendakwa wujud "permuafakatan tidak jujur" yang bertentangan dengan prinsip-prinsip terbuka dan telus amalam demokrasi.
Menurut Nik Aziz, pihak PAS memang bersedia untuk menentang petisyen tersebut dan telahpun melantik peguam-peguam untuk mewakili parti itu di mahkamah.
"Walau bagaimanapun, saya telah diberitahu oleh para peguam PAS bahawa hakim telah mengarahkan pihak BN yang mengemukakan petisyen ini supaya memasukkan dahulu 'fakta kes yang dipersetujui' sebelum kes ini ditetapkan untuk perbicaraan.
"Atas arahan ini, maka peguam BN telah menyediakan dokumen fakta yang dipersetujui tadi dan mengemukakannya beserta dengan dokumen-dokumen yang menyokong fakta tersebut kepada peguam PAS beberapa hari sebelum perbicaraan, untuk mendapatkan pengesahan," tambahnya.
Berasas fakta
Menurut Nik Aziz, beliau kemudiannya dimaklumkan oleh peguam PAS bahawa segala fakta yang dikemukakan oleh peguam BN itu adalah benar dan betul belaka berasaskan dokumen-dokuman yang disertakan dan fakta-fakta tersebut telah terlebih dahulu dipersetujui Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR.
Menurutnya antara fakta tersebut ialah pertama, Pegawai Pengurus pilihanraya bahagian Pasir Puteh telah menulis surat kepada pegawai pilihanraya negeri Kelantan pada 23 Jun 2004 mengakui bahawa berlaku kesilapan pengumuman calon yang menang bagi pilihanraya tersebut. Surat tersebut dikemukakan ke mahkamah.
"Kedua, berdasarkan Borang 14, iaitu Borang Perjumlahan Undi bagi setiap saloran di setiap Peti Undi, menunjukkan undi diperolehi calon BN melebihi calon PAS dengan majoriti 405 undi.
"Maka atas dasar inilah saya selaku pesuruhjaya PAS Kelantan mengarahkan peguam PAS supaya mempersetujui akan fakta-fakta tersebut," tegasnya.
Langkah tersebut, tegas Nik Aziz adalah selaras dengan prinsip Islam, iaitu "mengembalikan semula sesuatu yang diberikan kepada kita secara tersalah, kepada yang berhak".
"Langkah ini juga menunjukkan PAS adalah sebuah parti politik yang berjiwa besar, bertoleransi dan turut menghormati amalan demokrasi yang selaras dengan Islam," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.