Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gempa di Aceh ragut satu nyawa, 20 bangunan rosak
Diterbitkan:  Jul 25, 2012 10:07 AM
Dikemaskini: 9:56 AM

Gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter di Simeulue, Aceh pagi ini mengorbankan satu jiwa dan mengakibatkan 20 bangunan rosak, demikian menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Abudal alias Puyong, 65, meninggal dunia setelah terjatuh semasa berusaha menyelamatkan diri. Beliau juga dilaporkan menghidap penyakit darah tinggi.

   

Di antara bangunan yang rosak itu di tiga buah daerah kecil di Simeulue itu termasuklah lima buah masjid, lima buah pusat kesihatan masyarakat, tiga buah sekolah dan sebuah pasar.

   

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi pukul 7.27 pagi itu berpusat di 24 km ke barat daya daerah Simeulue, 317 km ke barat daya Medan, Sumatera Utara dan 1,546 km ke barat laut Jakarta.

   

Gempa bumi yang berkedalaman 10 km itu tidak berpotensi tsunami.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS