Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wartawan: Polis langgar Akta Perhimpunan Aman semasa BERSIH 3.0

Pihak polis dilihat telah melanggar peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila menghalang pihak media melakukan liputan pada perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

Perkara ini dilihat berdasarkan kenyataan dua wartawan yang dipanggil bagi memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini yang mendakwa telah dipukul dan peralatan mereka dirampas oleh polis.

NONE Salah seorang wartawan tersebut ditanya oleh peguam mewakili BERSIH B Mahaletchumi sama ada polis telah melanggar Seksyen 24 Akta Perhimpunan Aman.

Wartawan Malaysiakini itu, Koh Jun Lin (gambar kanan) , ditanya demikian ketika satu tayangan ringkas mengenai tekanan yang diberi pada kumpulan BERSIH 2.0.

"Mana-mana wakil media mungkin mempunyai akses yang bersesuaian untuk pergi ke tempat berhimpun dan menggunakan apa-apa kelengkapan ketika membuat liputan.

"Berdasarkan pengalaman anda, adakah anda setuju bahawa polis melanggar Seksyen ini?" tanya Mahaletchumi apabila Koh hadir sebagai saksi ke-16 hari ini.

Koh berkata beliau setuju dengan kenyataan itu dan menceritakan semula insiden yang berlaku ke atasnya pada hari itu.

Katanya, pada waktu itu anggota polis bergegas menghampirinya ketika beliau sedang mengambil gambar sekumpulan peserta perhimpunan di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Parlimen berhampiran Dataran Merdeka.

Kad memori dirampas

Koh berkata polis merampas kamera dan tag media yang diiktiraf kerajaan walaupun beliau berkali-kali memberitahu bahawa dia seorang wartawan.

"Pegawai polis terbabit menarik kad media saya yang diletakkan di dalam baju ves saya. Saya keluarkan (kad media) untuk mereka lihat tetapi mereka merampasnya bersama kamera saya.

"Mereka turut mengheret saya dengan menarik beg saya dan membawa saya ke Kelab Diraja Selangor bersama kira-kira seratus tahanan yang mana salah satu daripada mereka juga ialah rakan wartawan.

"Semasa perjalanan ke kelab, saya rasa bahagian perut saya dipukul dipercayai ditumbuk oleh seorang pegawai polis," kata Koh lagi.

"Sya berasa sangat takut ketika ditahan. Saya pergi ke sana untuk membuat liputan mengenai perhimpunan itu dan jangkakan perkara seperti gas pemedih mata dan polis bertindak ganas terhadap peserta.

"Tetapi saya tidak menyangkakan apa yang berlaku kepada saya," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS