Berita Malaysiakini

Umno Cheras mahu Lajim letak jawatan kabinet

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

NONE Katanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali (kanan) berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri  dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

NONE Kenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim (kiri) meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.