Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan supaya jangan menandatangani sebarang perjanjian dengan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd untuk menswastakan pelabuhan Pulau Pinang sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.

NONE "Biar rakyat Pulau Pinang membuat keputusan dalam pilihan raya umum akan datang sama ada mereka menyokong atau menentang (cadangan BN)," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kerajaan persekutuan melambatkan penjualan Pelabuhan Pulau Pinang kepada jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary sehingga selepas pilihan raya, kerana bimbangkan bantahan awam akan menjejaskan undi untuk BN.

Lim berkata kerajaan Pulau Pinang menentang "pelanunan" pelabuhan itu atas lima sebab, iaitu:

  • Tiada tender terbuka kerana hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk membuat bidaan.
  • Tiada sangkalan Menteri Kewangan atau Menteri Pengangkutan terhadap dakwaan Pengerusi Penang Port Commission Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa Pelabuhan Pulau Pinang akan dijadikan pelabuhan penghantar yang akan memainkan peranan sokongan kepada dua pelabuhan lain iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang.
  • Tiada peruntukan RM353 juta untuk mengorek saluran pelabuhan kepada sekurang-kurangnya 15-17 meter dengan segera sebelum penswastaan dijalankan.
  • Tiada rundingan awam dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri perkapalan, kerajaan negeri Pulau Pinang serta rakyat Pulau Pinang.
  •  Tiada pendedahan rancangan atau jumlah pelaburan Seaport dan bagaimana penswastaan barang awam ini (Pelabuhan Pulau Pinang) boleh memanfaatkan rakyat Pulau Pinang dan mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelabuhan komersial serantau yang bertaraf dunia.

[Baca berita penuh]