Kesedaran politik orang Kristian M'sia meningkat
Kesedaran dan penyertaan politik di kalangan masyarakat Kristian di negara ini semakin meningkat daripada hari ke hari, kata pendeta Kristian Sivin Kit.
Beliau - kini sedang mengerjakan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Norway dalam bidang politik dan media baru - berkata, ia melibatkan pelbagai pihak di gereja, termasuk pendeta, paderi dan rahib.
Bercakap untuk siri ke-21 podkas kelolaan perunding media Oon Yeoh, Sivin bercakap tentang keperluan pemimpin gereja memberitahu bagaimana untuk mengundi dan berhujah secara jelas dalam isu-isu sensitif.
Beliau turut berkongsi pandangan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut meyakinkan masyarakat Kristian bahawa pandangan mereka didengar.
Dengarkan rakaman podkas 12 minit berkaitan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.