Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PM ajak Nik Aziz bincang isu royalti'
Diterbitkan:  Aug 4, 2012 3:56 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz Menurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.

"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi.

"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.

Nik Aziz ( kiri ) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu.

ADS