Kerajaan pusat hari ini menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM14.1 juta kepada 126 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina di Johor.

    

NONE Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka Siong (kanan sekali) dalam ucapannya di majlis penyampaian bantuan itu, berkata jumlah tersebut adalah yang terbesar bagi sekolah-sekolah Cina di negeri ini daripada peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membantu sekolah-sekolah Cina di negara ini.

    

"Daripada jumlah ini, 123 SRJK terbabit menerima bantuan berjumlah keseluruhan RM12.8 juta manakala tiga SMJK menerima bantuan berjumlah RM1.3 juta," katanya pada majlis tersebut di Dewan SJKC Kuo Kuang 2 di Johor Bahru.

    

Cek bantuan kewangan tersebut disampaikan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

    

Chua dalam ucapan beliau berkata, bantuan kewangan itu adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MCA tidak pernah mengabaikan kebajikan sekolah-sekolah Cina di negara ini sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak pembangkang.

    

- Bernama