Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sehelai baju buat menyapu si air mata
Diterbitkan:  Aug 7, 2012 3:54 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Jabatan Penerangan Negeri Kedah akan mengadakan program Kempen Jalur Gemilang 2012 dan Program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata pada 11 hingga 13 Ogos ini di Kulim dan Baling.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata program dengan kerjasama Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata itu, menjadikan Rumah Anak Yatim Bedaya, Kulim sebagai lokasi pertamanya diikuti Rumah Anak Yatim Umul Sabariah Asam Jawa, Baling pada 12 Ogos dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Kupang, Baling pada 13 Ogos.

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya laman sosial Facebook dari seluruh dunia.

Ia menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan baju Melayu dan baju kurung untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim, rumah perlindungan warga emas dan pelajar.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan baju kurung dan Melayu boleh berhubung terus dengan Penyelaras Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bagi zon utara Romzi Md Daud di talian 012-4982295.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS