Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Johor perbaharui ikrar baiki perkhidmatan

Polis Johor memperbaharui ikrar untuk membaiki mutu perkhidmatan dalam usaha menjamin keselamatan awam terutama di negeri itu.

    

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ikrar pasukan itu turut mengambil kira usaha kerajaan menjadikan wilayah Iskandar Malaysia sebagai lokasi perniagaan bertaraf dunia.

    

"Kami dengan ini memperbaharui ikrar kami untuk meneruskan usaha memperbaiki mutu perkhidmatan dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara yang selamat," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor malam tadi.

    

Sultan Johor Sultan Ibrahim dan isteri Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris serta kesemua anakanda baginda berkenan berangkat ke majlis itu.

    

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

Di majlis berkenaan Tuanku Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada sebahagian daripada 100 penerima terdiri daripada anak yatim, balu serta pesara polis.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS