PI Bala: Lelaki senama perkenal saya pada Razak
Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menafikan pernah berkhidmat dengan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan menurutnya dia bukanlah lelaki yang disebut dalam dokumen mahkamah Perancis.
Bercakap kepada
Malaysiakini
dari luar negara, dia bagaimanapun, mengakui mengenali lelaki bernama Balasubramaniam itu, yang telah dinamakan dalam dokumen mahkamah yang disiarkan oleh Raja Petra Kamarudin dalam blognya
Malaysia Today
.
"Kami bekerja dalam perniagaan keselamatan dan Balasubraniam Perimekar itulah yang memperkenalkan saya kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
"Jadi, Raja Petra Kamaruddin (RPK) (kiri) menyamakan saya dengan Balasubramaniam Perimekar adalah tidak benar kerana dia adalah orang lain sama sekali.
"Saya bukan penama Razak dalam Perimekar kerana saya tidak pernah berada dalam syarikat itu. Raja Petra silap," katanya.
Katanya, kali terakhir dia bertemu lelaki itu adalah selepas
diperkenalkan kepada Tun Razak semasa beliau mengambil kerja 10 hari pada tahun 2006.
"Apabila dia memerlukan bantuan untuk melakukan penyiasatan, saya turut membantu. Bagaimanapun, selepas saya bekerja dengan Razak selama 10 hari, saya berhenti," katanya.
Balasubramaniam memberitahu demikian bagi menjawab pendedahan RPK semalam mengenai kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu terlibat dengan Perimekar dan mungkin menjadi proksi Abdul Razak.

