Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Catuan air, IKHLAS minta surat jaminan k'jaan S'gor

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mahu kerajaan Selangor bertanggunggung sepenuhnya jika perniagaan di negeri itu terjejas oleh catuan air yang dikenakan oleh syarikat konsesi air.

IKHLAS menegaskan demikian dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada kerajaan negeri untuk membalas memorandum tersebut.

Mereka menuntut kerajaan negeri Selangor mengeluarkan "surat jaminan" untuk "bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung" oleh para peniaga jika Syarikat Bekalan Air  Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memutuskan untuk memotong bekalan air bersih.

NONE Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah berkata terdapat 34 loji He rawatan air di Selangor.

Katanya, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Selangor diamanahkan untuk membekalkan air kepada  orang ramai dan perniagaan di negeri ini dan kawasan sekitarnya, manakala SYABAS diperlukan untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di negeri ini.

Katanya, SYABAS berkata kapasiti pengagihan 34 loji rawatan ialah 4.371 juta liter sehari, tetapi Khalid pula berkata loji rawatan air itu boleh menghasilkan 4,807 juta liter sehari.

Beliau menyalahkan Khalid kerana "mengheret" rakyat Selangor ke dalam isu tersebut, yang didakwanya telah dimulakan oleh kerajaan negeri.

Mohd Ridzuan berkata, jika SYABAS memutuskan untuk mengenakan catuan air, maka perniagaan di negeri itu, terutamanya di Lembah Klang, akan paling teruk terjejas.

Katanya, kerajaan negeri harus berhenti menyalahkan kerajaan persekutuan, yang menurutnya, bermaksud baik untuk rakyat dan berhasrat untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Mohd Ridzuan berkata, kalau kerajaaan negeri tidak membalaskan memorandum tersebut dalam tempoh seminggu, Ikhlas akan mengadakan "demonstrasi besar-besaran" di bangunan sekretariat negeri.

Bekalan air bersih di negeri itu diuruskan oleh empat syarikat - SYABAS, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Belanja Air Sungai Selangor Sdn Bhd  (Splash) dan Konsortium ABASS.

Bulan lepas, SYABAS - syarikat konsesi air utama -  mencadangkan catuan air untuk kawasan-kawasan tertentu Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia berkata ini kerana terdapat kekurangan air yang dirawat ekoran permintaan melebihi kapasiti pengeluaran loji rawatan airnya, menyebabkan berlaku gangguan dan tekanan air yang rendah.

Cadangan itu dikecam hebat daripada kerajaan Pakatan Rakyat, yang mendakwa empangan penuh air dan menuduh syarikat tersebut "mereka" krisis.

[Baca berita penuh]

ADS