Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan persekutuan supaya tidak menender semula projek Pusat Fidlot Nasional sehingga semua isu yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation (NFC) diselesaikan sepenuhnya.

Rafizi berkata pengumuman Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar merupakan cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada keadaan dan liabiliti kewangan NFC, yang dimiliki keluarga bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONE Katanya, sehingga hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk mengesahkan tiga isu berkaitan dengan skandal itu.

Pertamanya, kata Rafizi, berkaitan pembekuan aset NFC pada 14 Januari, dan berapa banyak peruntukan dana yang disalah guna dengan pembelian kondominium dan tanah di Putrajaya.

Kedua, penemuan dan keputusan pasukan audit bebas yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini sudah tujuh bulan lamanya.

Ketiga, adakah NFC, membayar balik setiap sen daripada RM250 juta dana awam.

Semua jawapan itu, tegas Rafizi, mesti diberi sebelum projek itu ditender semula kerana terdapat kebimbangan bahawa syarikat baru yang dilantik akan mendapat pembiayaan baru yang juga mungkin akan disalahgunakan.

Juga, tambahnya, syarikat baru itu mungkin akan diminta menyerap liabiliti RM250 juta, yang akan menyebabkan apa juga hartanah atau salah laku yang dilakukan akan ditutup.

[Baca berita penuh]