Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam ancam saman NST isu artikel Raja Petra
Diterbitkan:  Aug 16, 2012 3:00 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Peguam M Puravalen mengeluarkan dua notis notis tuntutan guaman kepada The New Straits Times/New Sunday Times berhubung artikel yang disiarkannya berdasarkan tulisan di blog Malaysia Today berhubung bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Bagaimanapun, Puravalen berkata, bukan hanya akhbar itu, notis sama akan dikeluarkan kepada harian berbahasa Melayu lain selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

puravalen pc on missing pi balasubramaniam 180708 m puravalen "Saya tidak mahu rosakkan mood hari raya dan akan hantar notis tuntutan guaman selepas perayaan ini," katanya kepada Malaysiakini .

Surat bertarikh 14 Ogos daripada tetuan Vazeer Akbar Majid & Co berhubung artikel berjudul "Lawyer keeps mum on Suaram funding" (Peguam terus diam terhadap isu tajaan Suaram) dan "Raja Petra's expose to be investigated" (Pendedahan Raja Petra akan disiasat).

Dalam suratnya, Puravalen mendakwa, artikel itu palsu dan ditulis dengan niat jahat.

Justeru, beliau menuntut akhbar terbabit memohon maaf dan menarik balik tulisan berkaitan.

[Baca berita penuh]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS