Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengawal keselamatan dituduh bunuh wanita warga emas

Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Georgetown hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan Rumah Pangsa Rifle Range, Padang Tembak bulan lepas.

Ooi Kean Leong, 35, didakwa membunuh Tan Kim Chuan, 60, di kawasan meletak motosikal di hadapan Blok J, rumah pangsa itu pada pukul 6.02 pagi 10 Julai.

Majistret B. Sripracha Nanthini menetapkan 2 Okt untuk sebutan semula kes.

Kematian Tan mendapat simpati meluas kerana tiada siapa yang sudi menolong wanita itu apabila dia terjatuh dan cedera di kepala selepas seorang lelaki meragut begnya.

Menurut laporan, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita malang itu terbaring selama beberapa minit tanpa dihiraukan mereka yang lalu-lalang di situ.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS