Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keluarga kepada wanita yang abu mayatnya dirampas oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Selatan pada 14 Ogos mungkin tidak akan dapat menjalankankan upacara terakhir mengikut agama Hindu kerana wanita tersebut telah memeluk Islam.

Perkara itu didedahkan melalui rekod yang ditemui jabatan itu yang menunjukkan bahawa M Nagamah, 64, memeluk Islam pada November 2006.

NONE Pegawai daripada jabatan tersebut membuat laporan polis pada Ahmad lalu kerana mendakwa keluarga si mati, yang nama Islamnya dinyatakan sebagai Maria Abdullah, enggan membenarkan pegawai tersebut menuntut jasad wanita itu daripada pusat pembakaran mayat Batu Berapit.

Exco hal ehwal agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata laporan itu dibuat pada hari yang sama dengan ketika anak Maria @ Nagamah dan 17 yang lain membuat laporan ke atas Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di balai polis Nibong Tebal kerana "mencuri" abu mayat itu.

NONE Menurut Abdul Malik (kanan) , Nagamah memeluk Islam di jabatan tersebut, yang dikendalikan oleh seorang pegawai bernama Anuar Ismail.

Keluarganya maklum dengan status agama beliau dan suaminya juga seorang Islam," kata ADUN Batu Maung itu lagi yang menyerahkan perkara itu untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Abdul Malik yang juga naib pengerusi PKR negeri berkata, Nagamah mengahwini seorang lelaki bernama Ibrahim Noyan dan mempunyai sembilan orang anak yang kesemuanya mempunyai nama Islam.

Katanya, beliau mendapat maklumat tersebut daripada JAIPP dan juga daripada pejabat mufti.

[Baca berita penuh]

ADS