Penganjur demo: Jangan lengah kelulusan guna padang
Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida menggesa pihak berkuasa supaya tidak melengah-lengahkan kelulusan kepada permohonan mereka untuk menggunakan sebuah padang bola di belakang Taman Tasik Raub bagi perhimpunan yang dirancang pada 2 September.
Padang yang digelar Padang Milo itu merupakan lokasi alternatif yang dicadang oleh polis selepas Majlis Daerah Raub menolak permohonan jawatankuasa itu untuk berhimpun di Dataran Raub.
Kenyataan jawatankuasa itu semalam menyebut, polis bersetuju dengan untuk membantu permohonan dengan pihak berkuasa termpatan.
"Pihak berkuasa berkata mereka akan memproses permohonan untuk lokasi baru itu mengikut prosedur dan memaklumkan semula kepada kami pada 27 Ogos," kenyataan itu dipetik.
Ia juga menyatakan bahawa jawatankuasa itu akan mengadakan satu acara di pasar pagi Raub pada hari Ahad untuk mempromosi perhimpunan 2 September itu.
Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh satu lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat mengesahkan perkara itu.

