Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: DAP, PKR tak sehaluan isu lompat parti

Rakyat diminta menilai secara rasional tindakan DAP yang mahu mewujudkan undang-undang anti-lompat parti, sedangkan sekutu mereka, PKR pula berusaha memancing anggota-anggota politik dan parlimen melompat parti menyertai PKR.  

Menggesa demikian, ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata para pemimpin DAP seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata pakatan pembangkang sebenarnya tidak pernah sehaluan dalam pelbagai perkara dan rakyat perlu bijak menilai akan kecelaruan dalam pakatan itu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri yang diadakannya di Taman Seri Tualang Mentakab, di Temerloh hari ini, Saifuddin berkata pakatan pembangkang tidak layak memimpin negara atas kecelaruan mereka yang akhirnya akan membawa musibah kepada rakyat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS