Kesatuan bantah rancangan MMC ambil alih KTMB
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) akan mengadakan satu piket sebagai bantahan kepada rancangan oleh syarikat MMC Group untuk mengambil alih Keretapi Tanah Melyu Berhad.
Presiden RUM Abdul Razak Abdul Hamid berkata, piket pada 12 Oktober kesatuan itu dirancang kerana langkah penswastaan itu dibimbangi akan menjejaskan seramai 5,000 pekerja KTMB.
Abdul Razak berkata, kakitangan KTMB mungkin akan dikurangkan atau kehilangan faedah yang dinikmati mereka ketika ini.
Selain itu, kakitangan itu juga mungkin akan mengalami penganiayaan oleh pemilik baru yang hanya mahukan keuntungan.
"Buat masa ini, KTMB memperuntukkan sebanyak 60 hinga 65 peratus jumlah keuntungannya untuk tenaga kerjanya.
Kami rasa jika MMC mengambil alih KTMB, ia akan mengurangkan peratusan itu kepada hanya 3o peratus," katanya.
Katanya, KTMB telahpun mengalami pengalaman buruk ketika syarikat itu berada di bawah Marak Unggu Sdn Bhd di antara tahun 1997 hingga 2002.
"Pekerja terlatih yang sepatutnya mengendali kaunter tiket dipaksa membersihkan tandas dan mengutip sampah. Perkara yang sama juga berlaku kepada pekerja teknikal," kata Abdul Razak.

