Keputusan Pulau Pinang untuk membentangkan undang-undang antilompat parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini bukan kerana DAP bimbang hilang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang, kata Lim Guan Eng.

NONE Ketua menteri berkata demikian diminta mengulas kritikan bahawa ia langkah untuk mengekang wakil Pakatan Rakyat berpaling tadah setelah terdapat tanda-tanda kemungkinan berlaku.

Ramai juga mempersoalkan langkah itu ekoran mahkamah pernah memutuskan kes seumpamanya sebagai ultra vires (melampaui batasan undang-undang) kerana menjejaskan hak untuk kebebasan berpersatuan.

Jadi, kenapa usaha itu mahu diteruskan sedangkan ia akan ditolak?

Lim menjawab: "Biarkan BN lakukannya."

[Baca berita penuh]