Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memikat hati satu lagi kumpulan kecil pengundi - kali ini dengan menyanyi lagu Janji Ditepati kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di samping menjanjikan mereka beberapa 'hadiah'.

Menurut Najib, antara janji yang telah ditepati adalah ikrarnya untuk melantik kepimpinan TNB daripada orang dalam TNB sendiri.

NONE "Apabila timbul masanya untuk peralihan pucuk pimpinan pengurusan TNB, saya beritahu persatuan-persatuan TNB kalau sekiranya ada orang dalam (mampu jadi) ketua eksekutif TNB, saya akan lantik orang itu.

"Sebab itulah apabila kita pilih tema Janji Ditepati maka janji saya pada warga TNB telah saya tepati," katanya merujuk kepada pelantikan Ketua Pegawai Ekseutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Pada majlis sama yang dihadiri kira-kira 5,000 kakitangan, Najib mengumumkan TNB akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun.

[Baca berita penuh]

ADS