DAP: Batal pengkelasan jenayah indeks, bukan indeks
MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menuntut kerajaan membatalkan perangkaan indeks jenayah yang didakwa menunjukkan bahawa pengkelasan data berkenaan dimanipulasi untuk meningkatkan persepsi di kalangan rakyat.
Setiausaha publisiti DAP itu berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) – yang bertanggungjawab ke atas perangkaan tersebut – perlu membaik pulih mekanisme penilaian berkenaan, dan mencadangkan supaya pengkelasan "jenayah indeks" dan "jenayah bukan indeks" itu dibatalkan.
Pemandu perlu berbuat demikian dan bukannya terus "mendabik dada dengan pencapaian PDRM (Polis Diraja Malaysia) melalui statistik yang dimanipulasi seperti dakwaan bahawa jenayah jalanan turun 39.7 peratus di antara 2009 hingga 2001," kata Pua.
Katanya, penjelasan PDRM berhubung dakwaan berkenaan juga masih menimbulkan tanda tanya.
Jelasnya, kaitan di antara penurunan kadar "jenayah indeks" dan peningkatan "jenayah bukan indeks" itu "memberi petanda kuat" bahawa manipulasi data.
"Ia juga mengesahkan dakwaan oleh seorang penulis surat yang tidak dinamakan bahawa PKR secara sistematik mengklasifikasi semula jenayah indeks kepada kes jenayah bukan indeks," katanya.
Jelasnya lagi, perangkaan yang dikeluarkan PDRM bahawa perangkaan jenayah menurun dari 209,572 kes kepada 157,891 pada 2011 itu dibuat dengan tidak menyertakan "jenayah bukan indeks", yang meningkat 68.7 peratus dalam tempoh sama.
Lebih jelas lagi, kata Pua, apabila melihat bahawa jenayah indeks menurun 15.4 peratus pada 2010 tetapi jenayah bukan indeks meningkat 21.5 peratus.
Lebih meragukan lagi, katanya, apabila data PDRM menunjukkan bahawa jenayah bukan indeks terus meningkat dengan setiap tahun sejak 2007.
"Ia meningkat daripada 16.9 peratus daripada jumlah kes jenayah paa 2009 kepada 21.9 peratus (2008) kepada 22.8 peratus (2009), kepada 29.8 peratus (2010) sehingga rekod tertinggi 31.4 peratus pada 2011," katanya.

