Penjaja serbu rumah terbuka hari raya DAP di P Pinang
Sekumpulan 20 orang, yang mendakwa penjaja di Esplanade Pulau Pinang, menyerbu majlis hari terbuka Hari Raya DAP di Jalan Pattani malam ini.
Mereka membawa sepanduk dengan mesej seperti di mana janji Lim Guan Eng dan apakah nasib mereka di Padang Kota Lama.
Mereka memprotes di situ selama kira-kira 30 minit sebelum diminta supaya beredar.
Mereka mendakwa telah dihalang daripada berulang-alik ke tempat perniagaan mereka di Esplanade walaupun mereka telah cuba untuk memohon lesen.
Penjaja, M Balakrishnan, 65, berkata beliau telah berniaga di situ selama lapan tahun sebelum dihalang oleh pegawai penguatkuasa majlis tempatan (MPPP).
Beliau mendakwa permohonan mendapat lesen untuk beroperasi sebagai tukang urut, telah ditolak tanpa sebab.
Beliau memberitahu pemberita bahawa mereka memberitahunya yang perniagaannya itu tidak baik untuk pelancongan
Balakrishnan juga berkata sekiranya pihak berkuasa tidak memberi sebarang respon terhadap masalah mereka dalam satu minggu, kumpulan itu akan menganjurkan "demontrasi terbesar" pernah diadakan di Pulau Pinang.
Kumpulan itu kemudiannya menjadi emosional sambil melaungkan yang mereka telah diabaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan.
[Baca berita penuh]

