Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos. Ramai meraikannya dengan cara biasa - bersama rakan dan sahabat handai, dengan makanan yang enak dan persahabatan unggul.

Walaupun dalam keadaan politik yang resah, membimbangkan dan tidak menentu, masih terlalu banyak perkara untuk diraikan. Malaysia merupakan negara yang hebat, dengan sejarah yang boleh dibanggakan serta penduduknya yang mesra.

Saya meraikan acara ini di Ipoh, di mana orang Perak menunjukkan keramahan dan kesantunannya. Jelas sekali rakyat Malaysia adalah aset terpenting negara ini.

Najib and Muhyiddin at a rally to celebrate country's 55th Independence Day in Bukit Jalil Stadium Kehadiran Najib dan Muhyiddin di sambutan ulang tahun hari kemerdekaan di Bukit Jalil tahun ini bagaimanapun dilihat berbeza. Acara itu menjadi terlalu dipolitikkan, ekoran kedua-dua kelompok politik berbeza menggunakannya untuk mendapatkan sokongan.

Penggunakan sumber kerajaan untuk logo, lagu, slogan dan ucapan politik berbaur Umno tidak banyak memberi manfaat kepada pemerintah.

Perdebatan berhubung persediaan sambutan itu juga membangkitkan banyak persoalan kewibawaan, selain memalukan semua rakyat Malaysia apabila kehadirannya "untuk jemputan sahaja". Ia secara asasnya melanggar semangat kemerdekaan.

Ini menunjukkan kurangnya nilai kenegarawanan, sekali gus mengetengahkan isu serius yang dihadapi Umno di peringkat kebangsaan - apabila dilihat hanya berkhidmat kepada beberapa kerat pihak sahaja berbanding masyarakat yang lebih besar.

Pada masa yang sama, kumpulan masyarakat sivil berbaju kuning ‘Janji Demokrasi' turut berkumpul, mencerminkan polarisasi politik di negara ini, malah menunjukkan daya tahan berterusan penyokong BERSIH dalam kempen memastikan pilihan raya yang lebih bersih.

Ketika hasrat menyatupadukan rakyat Malaysia lebih jelas - semangat pesta itu dengan sendirinya menceritakan - taktik yang digunakan segelintir pihak untuk memperkecilkan pihak lain dengan memijak gambar dan mengibarkan bendera alternatif (walaupun dari sumber yang boleh dipersoal) - sekali gus membenarkan kerajaan melemahkan keseluruhan kesan acara itu.

[Baca ulasan penuh]


bridget welsh DR BRIDGET WELSH profesor madya sains politik di Universiti Pengurusan Singapura dan boleh dihubungi melalui [email protected] . Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS