Polis Kuala Lumpur memanggil dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berhubung perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada 30 Ogos.

NONE Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Aziz Zakaria berkata, kedua-dua mereka Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR,Tian Chua lapor Sinchew Daily.

"Jika mereka tidak tampil pada 7 September, polis akan mohon waran tangkap daripada mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar harian berbahasa Cina itu.

Turut dipanggil penganjur Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais, serta penganjur perhimpunan berbeza pada masa yang sama, Stanley Yong.

[Baca berita penuh]