Bayi 17 hari maut tersedak susu botol
Diterbitkan: Sep 6, 2012 5:17 PM | Dikemas kini: Sep 6, 2012 5:18 PM
Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di George Town awal pagi ini.
Kejadian itu berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.
Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan perkara tersebut dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.