Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP cabar Nazri bahas isu rogol statutori
Diterbitkan:  Sep 7, 2012 6:12 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

MP Puchong Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membahaskan pendirian menteri yang bertegas bahawa undang-undang berhubung serangan seksual dan rogol bawah umur tidak perlu dipinda.

Peguam itu memberi alasan, beberapa keputusan mahkamah berhubung kes rogol statutori tidak menggambar hasrat Parlimen dalam menggubal hukuman mandatori.

NONE "Mengarut jika dikatakan bahawa Parlimen berhasrat supaya ada pilihan untuk kesalahan yang sama seperti itu," katanya.

Beliau mempertikaikan tindakan mahkamah yang melepaskan tertuduh dalam kes seperti itu atas kelakuan baik, walaupun hukuman (penjara) lima tahun dan maksimum 20 tahun untuk menyatakan tahap keseriusan jenayah berkenaan.

Keputusan itu dibuat dalam oleh hakim dalam dua kes yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada banyak pihak, termasuk oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Heng Seai Kie, yang mengemukakan memorandum kepada kerajaan supaya menyemak semula undang-undang tersebut.

Laporan The Star hari ini memetik Nazri sebagai berkata, beliau tidak melihat apa-apa masalah dalam undang-undang berkenaan dan peruntukan Kanun Keseksaan itu tidak perlu dipinda.

Nazri berkata, isu dalam kes berkenaan adalah dalam soal menjatuhkan hukuman dan terpulang kepada mahkamah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Nazri berkata badan kehakiman telahpun maklum mengenai perkara itu dan akan mengambil langkah untuk membetulkan semula perkara itu berdasarkan persepsi awam.

[Baca berita penuh]

ADS