Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua hakim enggan ulas kes rogol statutori
Diterbitkan:  Sep 7, 2012 7:18 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria enggan mengulas cadangan dari Pejabat Peguam Negara supaya Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan untuk mengenepikan hukuman ke atas pemain bowling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit kesalahan merogol remaja bawah umur.

Arifin berkata beliau akan bertindak sub-judice sekiranya membuat kenyataan berhubung perkara itu dan terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan jika peguam negara boleh berbuat demikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sambutan rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Arifin juga enggan mengulas rayuan oleh Pejabat Peguam Negara ke atas keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang ke atas seorang juruelektrik berusia 22 tahun yang disabut kesalahan melakukan rogol statutori, atas alasan sama.

Laporan Bernama semalam memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai berkata, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan juruelektrik tersebut dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

    

Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi  dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta

pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.

    

Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Dalam kes Noor Afizal pula, Abdul Gani Patail dilaporkan berkata jabatan itu meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap lelaki tersebut yang disabit kesalahan di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah Sesyen Melaka terdahulu membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009.

Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin.

Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif.

ADS