Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad Bashah tak terkilan jika tak jadi calon

Pengerusi perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Katanya beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.

"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat Padang Serai, petang semalam.

Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan.

- Bernama

ADS