Malaysiakini
ENBM中文TA
Log Masuk
LANGGAN
  • Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
  • Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:
    AKTIFINACTIVEEXPIRED
  • LANGGAN
  • Renew
  • Sambung Langganan
  • Settings
  • Hubungi kami
  • Log keluar
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
Malaysiakini
user
Log Masuk
LANGGAN
ENBM中文TA
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
ENBM中文TA
    • KOLUM | Ponteng Bergaji: Kemewahan yang tidak pernah dikenali rakyat

      1h ago
    • 'Tidakkah mempolitikkan agama lebih dajal?'

      1h ago
    • Mahkamah Rayuan benarkan prosiding hina mahkamah terhadap Undang yang dipertikai

      1h ago
    • Najib bayar denda RM50 juta hari ini? Belum ada arahan, kata peguam

      1h ago
    • Hadi samakan CSA Putrajaya dengan ahli parlimen sebagai pendekatan Dajal

      1h ago
    Program kebajikan untuk semua jika BN kuasai S'gor
    Malaysiakini
    Berita
    Program kebajikan untuk semua jika BN kuasai S'gor

    Program kebajikan untuk semua jika BN kuasai S'gor

    Diterbitkan: Sep 10, 2012 4:57 PM | Dikemas kini: Sep 10, 2012 5:00 PM

    Program kebajikan di Selangor akan dilaksanakan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama sekiranya BN kembali berkuasa di negeri ini dalam pilihan raya umum ke-13, kata Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

        

    Beliau berkata program kebajikan yang dijalankan di Selangor di bawah kerajaan pakatan pembangkang sekarang didakwa tidak menyeluruh dan banyak aduan diterima mengenai unsur pilih kasih dalam pelaksanaan program, misalnya skim warga emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

        

    Peruntukan untuk skim kenaikan gaji guru kelas asas fardu ain (Kafa) pula sebenarnya diperoleh daripada kerajaan pusat, katanya.

    "Apabila kerajaan BN khususnya di negeri Selangor menjalankan program kebajikan, kami tidak ada unsur pilih bulu kerana kami berpegang kepada prinsip bantuan untuk semua warganegara yang layak, bukan mengira fahaman politik, bangsa, dan agama," katanya kepada Bernama.

        

    Sehubungan itu, Mohd Zin turut membidas kerajaan negeri Selangor yang didakwanya gagal menjalankan program kebajikan dengan telus dan adil.

    Sebagai contoh, katanya sehingga kini, terdapat 12 pangsapuri kos rendah di negeri ini yang masih belum menikmati air percuma.

    Sementara itu, penduduk di Shah Alam yang dihubungi Bernama meluahkan rasa kesal kerana mendakwa sejak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, kebajikan mereka tidak lagi terjamin, malah ada yang mendakwa dipinggirkan kerana berbeza fahaman politik.

        

    Sabariah Kasan 54, mendakwa tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan pakatan pembangkang, sebaliknya wakil BN yang datang ke rumahnya untuk menghulurkan bantuan setiap kali tiba bulan Ramadan atau musim persekolahan.

        

    "Memang semenjak dulu saya tak pernah nampak kelibat wakil daripada pakatan pembangkang, malah siapa wakil mereka di sini pun saya tak kenal.

    "Dengan keadaan kesihatan saya sekarang saya tidak boleh banyak bergerak dan saya tidak keluar rumah. Selalunya wakil BN yang prihatin yang datang ke rumah saya hulurkan bantuan," katanya.

        

    Bagi penduduk di Felda Bukit Cherakah, Kapar Klang pula, tiada apa yang diharapkan selain geran tanah tapak rumah rumah masing-masing.

    Penduduk mendakwa setelah ladang sawit mereka dijual kepada pemaju pada tahun 1996, mereka tidak pernah menerima geran tapak rumah seperti yang dijanjikan malah ramai penduduk yang telah berpindah ke kawasan lain.

        

    Salina Saharoodin, anak bekas peneroka Felda di kawasan itu menyatakan rasa bimbang terhadap masa depan keluarganya kerana tapak rumah yang mereka duduki sekarang tidak mempunyai geran.

        

    "Dulu ketika berkempen, pakatan pembangkang menjanjikan geran tanah kepada penduduk namun sehingga kini janji tinggal janji dan setelah menang tiada apa yang mereka lakukan untuk membela nasib kami," katanya dalam nada kesal.

        

    - Bernama

    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    Lihat Komen0

    Ulasan0

    Dengan menghantar komen, anda bersetuju dengan Terma & Syarat kami seperti yang dinyatakan secara lengkap di sini

    Garis panduan komen di Malaysiakini

    TERMA & SYARAT

    Kami tidak akan bertoleransi terhadap pengulas yang menggunakan bahasa tidak sopan, lucah, fitnah, serangan peribadi, ancaman, komen berorientasikan seksual atau apa-apa penggunaan kaedah komunikasi yang melanggar undang-undang atau menimbulkan rasa tidak senang. Tingkah laku antisosial seperti "spamming" dan "trolling" akan digantung akaun langganan. Pengguna yang melanggar syarat ini juga mempunyai risiko disekat penggunaan komen secara kekal.

    LAPOR PENYALAHGUNAAN

    Gunakan ciri laporan yang tersedia di bawah setiap komen untuk menandakan komen yang melanggar terma & syarat seperti di atas supaya moderator kami dapat mengambil tindakan. Jangan kendalikan perkara ini sendiri untuk mengelakkan salah faham yang boleh mengakibatkan akaun anda sendiri digantung atau disekat.

    NOTIS

    Sistem ulasan kami masih dalam proses penyediaan. Kami mengambil maklum semua pandangan yang diberikan.

    Ruang khas untuk pelanggan:

    Adakah anda seorang pelanggan?

    Log Masuk

    Belum menjadi pelanggan?

    Langgan

    3200 aksara lagi

    Ulasan yang sedang disemak0

    Anda pasti mahu padam komen ini?

    Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.

    Lapor komen ini

    500 aksara lagi
    mk-logo
    • whatsapp
    • telegram
    • youtube
    • facebook
    • x
    • instagram
    • tiktok
    • linkedin
    • Tentang Malaysiakini
    • Staf
    • Dasar Privasi
    • Syarat Penggunaan
    • Pengiklanan
    • Kerjaya
    • Arkib
    • Rangkaian Media
    • KiniTV
    • FG Media
    • RSS Feeds
    • Berita
    • Kolum
    • Surat
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+6017-323 0707
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    • Pengiklanan
    • advertise@malaysiakini.com
    • advertise@fgmedia.my
    Mkini Dotcom Sdn Bhd
    (199901014818 / 489718-U)No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+603-7770 0017
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    @Kini
    No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor