Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jalur Gemilang dari tempe dipamer di Kuala Langat esok
Diterbitkan:  Sep 12, 2012 4:12 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Jalur Gemilang yang diperbuat menggunakan 27,000 keping tempe akan dipamerkan kepada orang ramai di Kolej Komuniti Kuala Langat di sini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang esok.

    

Bendera Malaysia sepanjang 500 meter itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Jalur Gemilang terpanjang di negara ini yang diperbuat daripada tempe bersempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ke-55 Kolej

Komuniti Wilayah Selangor.

    

Unit Komunikasi Korporat Kolej Komuniti Kuala Langat dalam satu kenyataan hari ini berkata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyaksikan bendera itu dalam satu majlis di kolej itu esok.

    

Kenyataan itu menyebut seramai 200 orang terdiri daripada pelajar dan petugas Kolej Komuniti Kuala Langat, komuniti setempat termasuk enam pengusaha tempe terlibat menghasilkan Jalur Gemilang itu.

    

"Pemilihan tempe bagi menghasilkan Jalur Gemilang ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan tempe sebagai makanan tradisi masyarakat setempat yang boleh dijadikan sebagai ikon makanan sihat," katanya.

    

Seramai 2,000 orang terdiri daripada pemimpin masyarakat, persatuan belia, agensi kerajaan dan swasta dijangka hadir menyaksikan bendera itu.

- Bernama

ADS