Setiausaha Azmin dihalang masuki Sabah
Setiausaha politik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilarang memasuki Sabah selepas tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu semalam untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat pada Ahad.
Hilman Idham berkata, larangan beliau memasuki negeri itu dibuat melalui Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah yang ditandatangani oleh seorang pegawai kanan imigresen Sabah.
Beliau pada jam 3.20 petang semalam mendarat di lapangan terbang negeri di bawah bayu itu bersama delegasi 14 orang yang diketuai oleh Azmin sebelum dilarang imigresen.
"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
"Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," katanya dalam kenyataan media.
[Baca berita penuh]

