dikemaskini Satu garispanduan yang kontroversi tersiar di laman Facebook Jabatan Penerangan mengenai "cara menjadi bos wanita yang baik".

Ia pertama kali muncul di halaman Facebook platform video online kementerian kesihatan MedikTV pada bulan Mac dan sekali lagi pada 12 September. Ia diterbitkan semula di laman Facebook jabatan penerangan hari ini.

Garispanduan itu disertakan dengan kapsyen yang mendakwa bekerja dengan 'bos' wanita selalunya penuh dengan masalah 'rigid'.

"Wanita mempunyai sifat suka bercakap dan berleter. Sikap ini amat merbahaya jika dibawa ke dalam organisasi. Sikap suka bercakap dan sungutan menyebabkan orang bawahan berasa pening, membosankan dan jijik.

NONE "Tidak semua wanita bos wanita bersikap sedemikian. Tetapi kerana 'nila sekuali pasti rosak susu sebelanga'. Untuk menjadi bos wanita yang baik berikut adalah beberapa tips (kiri) yang boleh membantu anda!" demikian menurut kapsyen tersebut.

Pada masa penulisan ini, fail pada lamanweb Jabatan Penerangan telah "berkongsi" 114 kali dan menarik 24 komen, kebanyakan ia mendakwa bahawa garispanduan adalah bersifat diskriminasi.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengulas subjek itu di Twitter, dengan menggesa jabatan penerangan membuangnya.

Beliau menganggapnya ianya seksis dan tidak adil, yang hanya ditujukan kepada wanita.

[Baca berita penuh]