Aktivis protes di luar ibupejabat Lynas di Sydney
Diterbitkan: Sep 20, 2012 10:29 AM | Dikemas kini: Sep 20, 2012 12:33 PM
Aktivis merancang untuk mengadakan protes di luar ibupejabat Lynas Corporation di Sydney petang ini sebagai membantah loji Lynas di Gebeng, Kuantan.
Menurut kumpulan 'Friends of Earth' Australia, bantahan itu akan diadakan pada jam 2.30 petang waktu Malaysia, di luar pejabat syarikat tersebut di Pitt St.
Seorang anggota kumpulan tersebut, Tully McIntyre berkata, protes itu adalah untuk menyatakan tentangan terhadap rancangan mengeksport bijih radioaktif dari Mount Weld di Australia ke loji Kuantan apabila ia mula beroperasi..
[Baca berita Penuh]

