Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan akan hanya membentangkan laporan ketua audit negara seminggu selepas pembentangan belanjawan pada hari Jumaat.

Beliau menjelaskan, langkah itu diambil bagi mengelak laporan ketua audit negara itu “mencuri tumpuan” ke atas pembentangan belanjawan.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini, beliau turut menafikan bahawa laporan itu masih belum siap.

Katanya lagi, kerajaan juga menyediakan ruang penjelasan untuk laporan tersebut pada kali ini.

Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan, namun ditangguhkan pada tahun lalu, yang menimbulkan kritikan daripada pembangkang.

Nazri menemui pemberita ketika melawat ruang baru yang disediakan kepada petugas media di bangunan Parlimen.

[Baca berita penuh]