Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat aktivis siswa berhubung Janji Demokrasi

Aktivisi siswa Khalid Ismath berkata polis hari ini menyiasat beliau berhubung penglibatannya dalam penganjuran perhimpunan Janji Demokrasi yang berlangsung pada sambutan ambang kemerdekaan, hujung bulan lalu.

Sedangkan, polis pada awalnya memberitahu bahawa beliau disiasat berhubung perhimpunan siswa untuk menuntut pilihan raya kampus yang adil dan bersih pada 16 September lalu di ibu negara.

NONE "Soalan tak berkaitan langsung dengan perhimpunan siswa tapi berkaitan dengan Janji Demokrasi di malam ambang merdeka.

"Pada awalnya, mereka beritahu (siasatan hari ini) mengenai perhimpunan siswa (16 September)," katanya ketika dihubungi selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Katanya, polis menyiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk mengenalpasti sama ada beliau sememangnnya terlibat dalam penganjuran perhimpunan berkenaan.

Tambahnya, polis juga memberitahunya bahawa pasukan itu mempunyai video yang didakwa menunjukkan beliau hadir dalam salah satu sidang media.

Polis juga menyatakan bahawa video yang dimiliki pasukan itu menunjukkan beliau hadir di perhimpunan untuk mengingatkan kerajaan mengenai janji untuk menambahbaik pilihan raya itu.

NONE Bagaimanapun, video berkenaan tidak ditunjukkan kepadanya, kata Khalid.

"Polis tanya sama ada saya mengarahkan orang untuk berhimpun. Mereka minta (kemuka dokumen) sama ada saya ada permit (untuk berhimpun) atau apa-apa.

"Saya kata saya akan jawab di mahkamah," katanya lagi yang berpendapat, siasatan hari ini merupakan satu taktik untuk menakutkan orang muda dan mahasiswa.

Polis sebelum ini menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan.

Dua lagi anak muda, masing-masing seorang pelajar berusia 19 tahun dan seorang model sambilan yang sebaya turut ditahan selepas menyerahkan diri kepada polis.

Individu berkenaan menyerah diri selepas pasukan itu polis mengedarkan foto 11 individu yang dikendaki berhubung insiden pada perhimpunan sama.

Selain individu berkenaan, polis turut menyiasat timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, naib presiden PKR Tian Chua dan aktivis sosial Hishamuddin Rais berhubung perhimpunan sama.

Turut disiasat, pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said dan seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO tersebut, Maria Chin Abdullah.

ADS