Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undian semula 2 fakulti tentukan pemenang di UM
Diterbitkan:  Sep 27, 2012 12:02 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok di dua fakulti yang mencatatkan keputusan seri dalam pilihan raya kampus Selasa lalu.

Menurut Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon bersetuju pengundian semula diadakan di fakulti pendidikan dan fakulti sains komputer dan teknologi maklumat.

Pemilihan di dua kerusi dinantikan-nantikan kerana ia akan menjadi penentu kepada kemenangan kepada dua musuh tradisi Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

NONE Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) menang 20 kerusi, diikuti rapat Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) mendapat 19 kerusi, sementara calon Bebas meraih 2 kerusi.

Situasi genting itu seakan-akan "parlimen tergantung" ( hung parliament ) apabila kedua-dua pihak tidak mendapat majoriti cukup bagi membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di UM.

Pengundian baru itu akan diadakan di kedua-dua fakulti berkenaan mulai  jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif, manakala calon di fakulti Sains komputer dan teknologi maklumat ialah Muhamad Alif Jamaluddindan Neo Yew Boon.

"Untuk makluman sebarang aktiviti kempen dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh naib canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama," notis makluman itu dipetik.

ADS