IPO Astro teruji dengan 'pertarungan' di mahkamah
Walaupun tawaran permulaan awam (IPO) Astro Malaysia Holdings Bhd dikatakan sebagai yang ketiga terbesar di Malaysia pada tahun ini, terdapat kebimbangan kes mahkamah berkaitan saman AV Asia Sdn Bhd berpanjangan dan menjejaskan harganya.
Ini ekoran Mahkamah Persekutuan pada 28 membenarkan permohonan injunksi yang dipohon Ogos AV Asia untuk didengar dalam kes terhadap anak syarikat Astro, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, setelah gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan.
Keputusan sebulat suara oleh panel lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, yang juga termasuk Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum.
Difahamkan ketika perdana menteri melancarkan IPO Astro pada Jumaat, AV Asia memfailkan notis rayuan kepada pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum itu.
Ia bertujuan merayu kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 September yang menolak permohonan injuksi.
Walaupun tarikh rayuan belum ditetapkan, Mahkamah Persekutuan akan menentukan beberapa soalan penting dan mungkin menjejaskan saham Astro sekiranya permohonan injuksi dibenarkan.

