MP: Lindungi hak pelantikan ketua SPRM tak memadai
MP Puchong Gobind Singh Deo berkata langkah untuk memberi hak pelantikan tetap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberi impak besar kepada kebebasan suruhanjaya itu sekiranya tiada langkah yang konkrit diambil.
MP DAP itu berkata, cadangan oleh jawatankuasa khas parlimen berhubung rasuah itu membuat keputusan salah dalam menyediakan syor untuk pindaan perlembagaan bagi melindungi hak pelantikan tetap kepada ketua suruhanjaya.
Gobind berkata, hujah bahawa ketua SPRM boleh ditukarkan untuk menekan siasatan "tidak kena pada tempatnya" memandangkan siasatan bukan dijalankan oleh ketua tetapi oleh pegawai penyiasat.
Beliau juga memberi alasan, ketua pesuruhjaya SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan seperti peguam negara.
Pada anggapannya, langkah itu meletakkan ketua pesuruhjaya SPRM pada kategori yang sama dengan hakim yang bermakna beliau hanya boleh dipecat melalui satu tribunal khas, kata Gobind.
Namun, ia menunjukkan bahawa tindakan meninggikan kategori ketua pesuruhjaya SPRM tidak memberi apa-apa peranan.
Sebaliknya, jawatankuasa berkenaan sepatutnya dipuji kerana mengakui bahawa berlaku campurtangan dalam siasatan SPRM.
Namun tindakan itu perlu dimajukan "setapak lagi" dengan menubuhkan sistem yang sepatutnya bagi memastikan kebebasan SPRM, katanya.
[Baca berita penuh]

