Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussein telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau ada kepentingan peribadi dalam pembangunan sebuah taman tema di Teluk Bahang.

NONE Beliau menyifatkannya sebagai satu "fitnah yang berniat jahat dan

hipokrit" daripada pemimpin Umno dan menuduh parti itu tidak sensitif terhadap nasib rakyat di kawasan itu.

Abdul Halim berkata, kenyataan timbalan ketua Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir itu adalah satu "mesej yang berbahaya" kepada para pemaju.

Abdul Halim yang juga naib ketua PKR Pulau Pinang menafikan mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menganggap tuduhan itu bertujuan untuk memfitnah, mencemar dan memperkecilkan namamua sebagai Speaker DUN.

[Baca berita penuh]