Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan sebanyak 43 peratus daripada projek MRT yang berjumlah RM9 bilion akan dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera.

Beliau mengumumkan demikian dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Mass Rapid Transit Corporation dalam kenyataan pada awal bulan ini menyatakan bahawa sebanyak 17 pakej lagi akan diperuntukkan kepada syarikat bumiputera bagi meningkatkan jumlah nilai projek untuk kontraktor berkenaan kepada RM9.3 bilion.

Menurut MRT Corp, lebih 17 pakej bernilai RM7.6 bilion telah diberikan kepada syarikat Bumiputera sehingga akhir Julai lalu.

Pegawai Eksekutif MRT Corp  Datuk Azhar Hamid menyatakan demikian bagi menafikan dakwaan  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahawa kontraktor bumiputera yang bernaung bawah badan itu langsung tidak mendapat apa-apa projek dalam pembinaan tersebut.

[Berita penuh menyusul]