Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kesemua pertukaran penjawat awam kanan di negeri itu dibekukan sehingga selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Khalid mengumumkan demikian, susulan arahan mengejutkan yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman minggu lalu.

Laporan Star Online hari ini menyebut, Khalid untuk menangguhkan arahan pertukaran Roslan, yang dijangka akan menggantikan timbalan setiausaha kerajaan negeri Datuk Noordin Sulaiman.

Noordin dijangka akan menggantikan pegawai kewangan negeri Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Khalid berkata perbincangan di antara kerajaan negeri dan JPA mengenai pertukaran tersebut masih berjalan, walau perkara itu tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan mesyuarat majlis kerajaan negeri.

Beliau menjangkakan keputusan itu akan dibuat dalam tempoh dua minggu.

Bagaimanapun, Star Online turut melaporkan bahawa Khalid membayangkan pertukaran itu mungkin berlaku pada tahun depan.

[Baca berita penuh]