Kerjasama antara syarikat Perancis dan Malaysia dalam sektor pertahanan kini berada di tahap terbaik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia dan Perancis melakukan usaha terbaik bagi menggalakkan lagi kerjasama melalui peningkatan nilai dagangan antara kedua-dua negara.

"Perdagangan dua hala Malaysia dan Perancis meningkat secara mendadak daripada nilai keseluruhan 4 bilion Euro tahun lepas kepada lebih 3 bilion Euro bagi tempoh tujuh tahun pertama tahun ini," katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Perancis.

Ahmad Zahid juga berkata beberapa syarikat Perancis yang terlibat dalam sektor pertahanan, sudahpun melabur di Malaysia seperti Eurocopter, Airbus EADS, Thales, DCNS, Safran, Utilis dan Pronal.

- Bernama